fbpx

Dr Che Hafiz Sindir Lufya Omar Di Instagram?

Nampaknya, pergolakan rumah tangga Lufya Omar dan suami masih tiada kesudahan lagi. Terbaru, Dr Che Muhammad Hafiz membuat laporan polis terhadap isterinya berikutan pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap dirinya.

Menerusi perkongsian terbaru Che Hafiz di Instagram seolah menyindir isterinya yang sering ke kelas agama agar tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk. Katanya lagi, belajar agama untuk menjadi manusia lebih baik dan bukan untuk menutup keburukan diri sendiri.

BACA: Dr Che Hafiz Buat Laporan Polis Terhadap Lufya

“Belajar agama itu bagi tujuan berdakwah di samping mengajak rakan-rakan ke arah kebaikan. Bukannya untuk menunjuk-nunjuk dan menutup siapa diri kita sebenar. Yang penting, keikhlasan hati dan niat itu kena betul,” tulisnya.

Kenyataan sindiran itu seolah berkait dengan perkongsian Lufya di Instagram yang ada memuat naik video dia bertemu dengan pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Terdahulu, kisah rumah tangga pasangan tersebut menjadi perhatian apabila Lufya mendakwa telah dianiaya suaminya yang disifatkan ‘tidak terjangkau dek fikiran’ terhadap dirinya. Dakwa Lufya lagi, dia turut mengalami kemurungan selain luka di badan akibat perlakuan suaminya.