fbpx

Dr Che Hafiz Sah Ceraikan Lufya Menerusi WhatsApp

Beberapa hari lalu, kisah rumah tangga Lufya Omar menjadi bualan netizen apabila pelakon itu memuat naik status mendakwa suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz tidak menjalankan tanggungjawab selepas tiga bulan berkahwin.

Bagaimanapun, Dr Che Hafiz mengesahkan sudah menjatuhkan talak kepada isterinya menerusi aplikasi WhatsApp minggu lalu. Che Hafiz memberitahu cerai dilafazkan selepas semua usaha untuk menyelesaikan kemelut mereka menemui jalan buntu.

BACA: Suami Difitnah, Lufya Padam Status Luahan Hati

“Saya sudah menerima permintaan Lufya untuk meminta cerai. Akhirnya saya menyambutnya dengan cara baik minggu lalu ketika kami berhubung menerusi WhatsApp bagi membincangkan hal rumah tangga.

“Bagaimanapun, apa yang boleh saya katakan, perbualan kami tidak mencapai kata sepakat,” katanya kepada Media Hiburan.

Enggan mendedahkan punca perceraian perkahwinan yang dibina hampir tiga tahun itu, Che Hafiz berharap kes mereka dapat diselesaikan secara baik.

“Saya harap penjelasan ini sudah pun jelas. Ia terlalu peribadi untuk saya kongsi. Banyak hati yang perlu dijaga. Namun, saya mengharapkan netizen tidak membuat sebarang spekulasi.

Saya lebih mengenalinya dan begitu juga dengan dia. Doakan yang terbaik buat kami demi anak. Selebihnya, biarlah kami yang selesaikan,” katanya.

Terdahulu, Lufya mendakwa telah dianiaya suaminya yang disifatkan ‘tidak terjangkau dek fikiran’ terhadap dirinya. Dakwa Lufya lagi, dia turut mengalami kemurungan selain luka di badan akibat perlakuan suaminya.