fbpx

Suami Difitnah, Lufya Padam Status Luahan Hati

Semalam kisah rumah tangga Lufya Omar menjadi bualan netizen apabila pelakon itu memuat naik status mendakwa suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz tidak menjalankan tanggungjawab selepas tiga bulan berkahwin.

Malah, Lufya mendakwa dia turut mengalami kemurungan selain luka di badan akibat perlakuan suaminya. Bagaimanapun, Lufya bertindak memacam perkongsian tersebut bagi mengelakkan fitnah terhadap dirinya dan suami.

BACA: Luka Di Badan, Lufya Dakwa Dipukul Suami?

 

“Tekanan yang Lufya rasakan melampaui kemampuan lufya untuk menyimpan perkara ini sendiri. Lufya bertambah sedih apabila membaca komen-komen yg mengundang banyak fitnah terhadap dia dan Lufya padam posting semalam untuk ketenteraman semua pihak.

“Hati wanita ni jika dijaga, dibaja, dan disiram dengan perhatian dan kasih sayang tak mungkin meletop tak tentu pasal. Jangan ambil kesempatan terhadap wanita. Tolong fahami kami, berikan kasih sayang dan kebahagiaan. Kenapa susah sangat nak buat? Adakah saya tidak layak untuk dicintai?,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di Instagram semalam, Lufya mendakwa dia telah dianiaya suaminya yang disifatkan ‘tidak terjangkau dek fikiran’ terhadap dirinya. Lufya turut memuat naik foto memaparkan akaun Intagram miliknya telah disekat oleh suaminya.