fbpx

Doktor Tak Izin, Fasha Sandha Tetap Gigih Berpuasa

Meskipun usia kandungan sudah pun mencecah enam bulan, namun ianya tidak menjadi penghalang untuk Fasha Sandha berpuasa. Menurutnya, ramai netizen bimbang dengan keputusannya itu, namun dia bersyukur masih gagah untuk berpuasa.

BACA: Fasha Sandha Kongsi Perbualan Terakhir Dengan Arwah Abam

“Diakui, ada ramai yang menghantar mesej langsung (DM) bertanya saya kuat ke berpuasa ketika hamil. Alhamdulilah, saya masih kuat.

“Sudah lima kali saya berpuasa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Saya ambil ruang duduk di rumah untuk berpuasa sunat dan ganti,” katanya.

Fasha berkata, pada awalnya doktor tidak mengizinkannya untuk berpuasa kerana bimbang kemungkinan berlaku dehidrasi namun dia perlu lebih berhati-hati. Fasha meluahkan rasa syukur suaminya memberikan sokongan dan turut saama berpuasa.

“Saya pula pernah mempunyai sejarah keguguran sebelum ini. Jadi, saya kena lebih berhati-hati. Makan makanan tambahan, ubat dan vitamin semua kena ikut waktu yang ditetapkan,” kongsinya.

“Suami izinkan saya berpuasa dengan syarat melakukannya secara berselang seli. Ikutkan nak puasa berturut-turut. Tetapi, tak mengapalah saya kena ikut juga nasihat Aidil,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Fasha berkata dia seronok dapat berpuasa ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, selain dapat meluangkan masa dengan keluarga, dia dapat menjaga pemakanan dan mengawal percakapan.