fbpx

Semalam, industri hiburan dikejutkan dengan berita pelakon Nad Zainal dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan di paru-paru.

Terbaru, pelakon itu dilapor terpaksa ditidurkan berikutan paru-paru berdarah. Bekas suaminya, Faliq Amiruddin memaklumkan Nad ditidurkan atas beberapa faktor untuk perbaiki pernafasan.

BACA: Nad Zainal Terpaksa Ditidurkan, Paru-Paru Berdarah

Memetik Astro Gempak, Faliq berkata dia ada bertemu dengan Nad di rumah dan ketika itu bekas isterinya dilihat lemah dan diberitahu ada gastrik.

“Saya dimaklumkan sekarang ini Nad dah ditidurkan atas beberapa faktor dan salah satunya nak bagi dia, perbaiki pernafasan dia. Buat masa ini, saya melawat lagi dia di hospital.

“Tapi sebelum ini saya sempat la berjumpa dia sebelum dimasukkan ke hospital, which is di rumah dia. Waktu itu pun saya tengok dia dalam keadaan lemah.

“Awalnya saya tak tahu dia sakit apa sebab dia hanya beritahu ada gastrik saja dan dah pergi klinik. Waktu itu yang saya datang melawat. Malam itu juga digegaskan ke hospital dengan ambulan,” katanya. 

Menurut Faliq lagi, ketika ini kedua anak-anak mereka iaitu Ibrahim dan Khalsom dijaga oleh pembantu peribadi Nad buat sementara waktu.

Tambahnya lagi, anak sulung mereka Ibrahim atau Yem seolah memahami apa yang berlaku memandangkan dia melihat sendiri ibunya dibawa menaiki ambulan.

“Anak-anak okay, buat masa ini dibawah penjaga. Tapi saya ada juga melawat Yem dan Som. Walaupun kami tidak duduk serumah tapi saya tetap akan pastikan mereka dalam keadaan baik.

“Mereka pun tak berapa faham sangat… cuma Yem la ada rasa-rasa sebab dia nampak mak dia masuk ambulans,” katanya.