“Doktor Sarankan Saya Rujuk Pakar Psikiatri”
Minggu lalu timbul kekecohan di media sosial apabila sebuah video menunjukkan seorang wanita berambut pendek mirip pelakon Fathia Latiff tersebar. Susulan penularan gambar tersebut, rata-rata peminatnya kecewa dan tertanya-tanya mengapa artis kesayangan mereka jadi begitu.
Bagaimanapun, baru-baru ini dalam satu temu bual khas bersama Kosmo!, Fathia mendedahkan tentang penyakit yang dihidapinya. Ujarnya, doktor turut menyarankannya merujuk dengan pakar psikiatri serta melakukan pemeriksaan berkaitan tahap mentalnya.
BACA: Video Wanita Mirip Fathia Latiff Tidak Bertudung Tersebar?
Namun, Fathia menegaskan dia lebih tahu tahap kesihatannya dan tidak memerlukan sebarang rawatan.
“Saya pernah dinasihatkan dan diarahkan doktor untuk mendapatkan rawatan berkenaan dengan gejala gangguan bipolar yang mungkin dialami.
“Saya tidak memerlukan itu semua dan memutuskan secara muktamad untuk tidak akan melakukannya. Lagipun saya tahu tahap kesihatan diri sendiri selain masih mampu menguruskan diri sendiri tanpa memerlukan sebarang rawatan.
“Justeru, sebelum ini, doktor ada sarankan saya untuk melakukan rawatan lanjut dan merujuk dengan pakar psikiatri, namun saya menolak untuk tidak berbuat demikian kerana tahu tahap kesihatan serta mentaliti diri sendiri,” ujarnya.
Apa pun diharap Fathia akan terbuka hati untuk melakukan rawatan kerana masih ramai peminat-peminat diluar sana yang masih menyayanginya dan sentiasa memberikan sokongan. Doakan yang baik-baik sahaja untuk Fathia.
- SUMBER
- Kosmo!
Kesian nye…pergi la rawatan Fathia…Semoga dpt berubat cepat & kembali sihat…Aamin.
Syg sgt you. Wajqh cntik. Tinggi. Berbakat. Come on sis. Kembali bangun.
Bipolar ke…. dadah?
Selagi x tau, jgn assume. Takut jadi fitnah.
Aku nak perkembangan emma maembong..celah kangkang sapa pulak dia berselfie kali ini??.plzz
Wake up wake up. B stronger b greater
Knapa artis ni slalu jd mcm ni…dl ms remaja brangan jgk nk jd artis..tp bl da jd mcm ni rasa takut pun ada..bkn tkt apa terpesong segala gala dari Allah…astaghfirullah….mudah2an Allah lindungi semua
Bole jadi camtu sbb kekadang stress and pressure from public sendiri. Ye la, jadi artis ni mana ada privacy life and buat apa je kena mcm2 comment from public.
BRITNEY SPEARS MELAYU…
mostly penyakit mental dsebabkn oleh penyalahgunaan dadah, kalau p kat spital sakit jiwa.. ko tanye la doktor mostly diorg ade background dgn dadah
kpd masyarakat bawang sekalian.. sy meminta anda semua jauhi najis dadah. sekiranya ada saudara mara sekalian yg terlibat dengan dadah… bawa la mereka ke pangkal jalan.
mak cik tak nk komen fathia ni .. sbb x tau pasal dia. moga yg terbaik saja bg dia.. senang cite.. kawin la fathia.moga ade lelaki yg dapat bimbing dia
assalamualaikum, makcik. saya salah seorang dari mereka yg mempunyai mental illness. jgn cop semua yg menghadiri rawatan bg mental illness semua ada kaitan dgn dadah :) saya baru berusia 23 dan tiada terjebak dgn sebarang gejala yg tidak baik.
Kesian dia, cantik giler tp mental pon sengaja cari penyakit gila.. Stop la amik dadah, Kesian kt diri sendiri.. Ada kerjaya yg bagus, rupa paras indah dari Allah.. Bersyukur lah tak semua bertuah mcm kamu. Aku mmg simpati giler bila tgk org amik dadah,so sorry