fbpx

Doktor Sahkan Haqiem Rusli Alami Kemurungan

Selesai berjumpa dengan pakar psikiatri petang tadi, Haqiem Rusli memaklumkan hasil pemeriksaan doktor mengesahkan beliau sememangnya mengalami kemurungan tahap sederhana. Jelasnya ini membuktikan beliau tidak mereka cerita mengenai depresinya.

BACA: Haqiem Rusli Akan Jumpa Pakar Sakit Jiwa

“Doktor mengesahkan saya mengalami kemurungan sederhana, iaitu lebih tinggi daripada kemurungan ringan yang saya nyatakan semalam. Kemurungan mempunyai empat peringkat dan apa yang saya alami adalah peringkat ketiga”

“Ia lebih teruk daripada apa yang saya sangkakan. Berikutan itu, saya perlu mengambil ubat. Doktor turut memberitahu, sekiranya tidak dirawat, kemurungan ini boleh memberikan kesan terhadap kehidupan saya,” katanya.

Dalam masa yang sama, Haqiem berasa lega mendapat pengesahan doktor pakar mengenai penyakitnya sebentar tadi biarpun tidak mengubah persepsi sesetengah orang terhadapnya kini yang menganggap ianya hanyalah gimik.

Bagaimanapun Haqiem enggan mengulas lanjut mengenai pemeriksaan yang dilakukan kerana masih belum selesai sepenuhnya. Menurut Haqiem, beliau bakal bertemu doktor yang sama sekali lagi pada minggu depan. (rtky/w)