fbpx

“Doktor Bagi Saya Masa 3 Tahun Sahaja”

Berdiri di atas kesedaran untuk hidup sihat, Sherry Alhadad kini betul-betul mengamalkan pemakanan sihat selain beriadah bagi memastikan dirinya sentiasa sihat. Pemeriksaan doktor yang dijalaninya baru-baru ini mengubah kehidupan pelakon dan pengacara ini untuk kepentingan masa hadapan.

BACA: “Dibuli Sebab Gemuk, Kena Tendang Jatuh Longkang”

“Sebelum ini saya ada buat pemeriksaan kesihatan dan doktor selalu cakap saya ada tiga tahun sahaja untuk jaga kesihatan. Bukan untuk mati… tapi untuk mengelak daripada sebarang penyakit. Alhamdulillah, saya dah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 11 kilogram dalam masa tiga bulan,” kongsinya kepada mStar Online.

Dia kini turut mula melakukan senaman sejak tiga bulan lalu dan berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 11 kilogram dalam tempoh itu.

Mengakui bahawa dia terpaksa melupakan makanan kegemarannya, Sherry tetap menetapkan setiap hari Ahad sebagai cheat day namun tidaklah makan yang melampau pada hari tersebut. Syukurlah Sherry berubah ke arah perkara yang lebih baik untuk kesihatan. Semoga segala usahanya dipermudahkan dan berhasil. (rtky/s)