fbpx

“Doakan Yang Terbaik Untuk Rumah Tangga Kami”

Desas desus mengenai pergolakan rumah tangga pelakon, Nadia Brian menjadi perhatian ramai apabila suaminya, Muizz Nasruddin memuat naik gambar serta kapsyen berbaur kekecewaan di Instagram semalam.

Tampil mengulas mengenai perkongsian suaminya itu, Nadia berkata itu mungkin dia hanya meluahkan rasa isi hatinya dan memohon semua pihak mendoakan kesejahteraan rumah tangganya.

BACA: Status Suami Nadia Brian Jadi Tanda Tanya

“Saya harap semua pihak dapat bertenang dan doakan yang terbaik untuk rumah tangga kami. Mungkin dengan berkongsi di media sosial, dia dapat luahkan isi hatinya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nadia, dia menganggap apa yang berlaku ketika ini sebagai ujian bukan saja buat dirinya, tetapi juga rumah tangganya. Nadia juga mengakui ada pasang surut dalam rumah tangganya.

“Saya anggap ini ujian untuk diri saya sebagai manusia dan sebagai isteri dalam rumah tangga saya,” katanya. Dalam kehidupan berumah tangga, tentunya ada pasang surut dan naik turunnya. Saya pun manusia biasa dan tidak sempurna.

“Namun begitu, tidak ada apa-apa yang memudaratkan dan saya harap, warganet di luar sana dapat berhenti membuat sebarang spekulasi,” katanya.

Dalam pada itu, Nadia berharap kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya akan dapat diselesaikan.

Nadia dan Muizz mendirikan rumah tangga pada 9 November 2018 selepas enam bulan mengikat tali pertunangan.