fbpx

“Doakan Yang Terbaik Buat Kami”

Sejak semalam hangat diperkatakn mengenai rumah tangga pasangan ini apabila isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu pelakon Puteri Sarah didakwa muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, baru-baru ini.

Enggan mengulas lanjut mengenai yang terjadi dalam perkahwinan mereka, Syamsul memohon orang ramai mendoakan hubungan rumah tangganya dengan isteri dalam keadaan baik.

BACA: Puteri Sarah Unfollow Syamsul Yusof, Didakwa Ke Pejabat Agama

“Tak ada apa yang saya nak komen, ia hal peribadi. Hal yang personal dan harapnya dapatlah menghormati

“No komen, ini hal peribadi. Tetapi, saya berharap peminat dapat mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Syamsul juga enggan memberi komen mengenai isterinya yang sudah tidak mengikuti akaun Instagramnya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Puteri Sarah yang memakai jubah dan bertudung hitam dikatakan hadir bersama seorang wanita yang didakwa ibu mentuanya menarik perhatian orang ramai yang berada disitu.

Puteri Sarah bersama ibu mentuanya dikatakan masuk ke bahagian undang-undang keluarga bagaimanapun tidak dapat dipastikan tujuan sebenar kehadirannya itu .