fbpx

“Doakan Ya, Saya Mahu Kahwin Tahun Depan”

Rasanya sudah lama kita tak dengar cerita mengenai pelakon Sherry Ibrahim. Usianya kini menganjak 36 tahun, pasti ramai yang tertanya-tanya bila pelakon cantik ini akan menamatkan zaman bujangnya.

Berkongsikan matlamat tahun 2020 yang diimpikannya menerusi Instagtam, Sherry menyuarakan hasratnya untuk menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan dan membina keluarga.

BACA: Sherry Ibrahim Tak Sengaja Tayang Seluar Dalam?

“Saya mahu berkahwin. Bukan settle down ya, tapi move on kepada fasa seterusnya. Sebenarnya saya gembira dengan keadaan sekarang tetapi kadang-kadang kita kena ada harapan.

“Tak mahu jugalah kalau berharap sahaja tapi tak jadi apa-apa. Jadi kalau boleh tahun depan saya mahu berkahwin dan memulakan keluarga sendiri. Semoga ada jodoh saya,” katanya.

Dalam pada itu, Sherry berkata masih banyak impiannya yang belum dicapai lagi. Sherry juga berharap semoga perjalanan perniagaannya makin maju serta bakal mengeluarkan sebuah lagu.

“Janganlah dunia berakhir. Masih banyak impian yang belum saya capai. Tentulah saya mahu semua semua perniagaan saya maju, baik jenama tudung mahupun salun. Saya mahu single saya meletup. Saya perlukan satu single yang hit!” tulisnya.