fbpx

Sherry Ibrahim Tak Sengaja Tayang Seluar Dalam?

Baru-baru ini, akaun Instagram Sherry Ibrahim menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu ada memuat naik sekeping gambar yang menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen.

Menerusi gambar yang dikongsikan itu, Sherry menggayakan baju neon bersama jeans biru dan turut kelihatan seperti getah seluar dalam seperti yang didakwa oleh ramai netizen. Namun, Sherry menjelaskan ia sebenarnya getah ‘tights’ yang dipakai di bahagian dalam seluar jeansnya.

BACA: Sherry Ibrahim Bengang Terus Dituduh Bedah Muka

“Saya minta maaf jika tak sedap mata memandang, sebenarnya bahagian yang kelihatan itu adalah getah ‘tights’ yang saya pakai di dalam seluar jeans saya.

“Perkara itu berlaku secara tidak sengaja, tambahan lagi saya telah turun berat badan, jadi, bahagian pinggang seluar saya agak longgar.

“Saya tidak berniat untuk membuat orang ramai berasa tidak selesa, lagipun saya tidak menampakkan bahagian kulit saya,” katanya kepada Astro Gempak.

 

Dalam pada itu, Sheery mengatakan dia tidak akan memadam gambar tersebut kerana baginya ia tidak keterlaluan dan terlalu sayang untuk memadamnya.

Diruangan komen gambar tersebut, rata-rata netizen meminta agar pelakon itu lebih berhati-hati dalam berfesyen dan mengatakan imej tersebut tidak sesuai dengan imejnya yang berhijab.