fbpx

“Doakan Kami Putus, Korang Dapat Apa?”

Tidak lokek mempamerkan momen bahagia mereka di media sosial, namun ada yang kurang senang dengan perkongsian pasangan sensasi Risteena dan Isa Khan sehingga ada yang mendoakan hubungan mereka putus.

Tidak mudah melatah dengan apa yang diperkatakan netizen, Isa turut mempersoalkan semula apa yang netizen dapat dengan mendoakan sedemikian rupa tentang hubungan mereka.

BACA: Sentiasa Memaafkan Rahsia Risteena Kekal Bahagia

“Ada yang mendoakan kami supaya putus. Kalau kami putus korang dapat apa, kalau kami tak putus korang dapat apa?,” katanya.

Dituduh mahu meraih perhatian, Risteena berkata dia hanya mahu berkongsikan momen bahagianya dengan peminat. Katanya lagi, jika ada yang tidak suka tak perlu tengok.

“Isa Khan dekat sosial media ke dekat luar ke dia memang seorang yang romantik, seorang yang penyayang. Saya cuma berkongsi dengan pengikut di Instagram apa yang kita orang buat.

“Isa bagi bunga bukan acah-acah ya. Tu betul-betul ya. Mungkin korang tak dapat rasa benda tu. Saya bersyukur ada pasangan macam ni. Kalau tak suka jangan tengok,” katanya.

Risteena dan Isa bertunang pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini.