“Doa Nak Anak Ramai” – Yana Samsudin Hamil Anak Keempat

Pelakon Yana Samsudin meluahkan rasa syukur apabila disahkan hamil anak keempat dan usia kandungan sudah mencecah lima bulan.

Menerusi temu bual bersama TikTok Nona, Yana bersyukur kehamilan kali ini tidak terlalu mencabar seperti kandungan anak ketiga terdahulu dan masih boleh bekerja.

BACA: Yana Samsudin Tak Gentar Disaman, Dakwa Aliff Yang Hempas Pasu RM 400,000

@nona.my

Memasuki usia kandungan 5 bulan, tahniah diucapkan kepada pelakon dan hos Yana Samsudin yang kini sedang hamil anak keempat. Semoga urusan dan kehamilan Yana baik² saja dan dipermudahkan segalanya. #majalahnona #yanasamsudin #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #foryou #fyp??

? Romantic Classical Piano Solo – FREDERIC BOUCHAL

“Anak keempat, Alhamdulillah. Kali ini dia kurang sikit mencabar… mencabar tapi kurang dari anak ketiga. Nombor tiga itu, saya sampai enam bulan tak boleh bangun. Yang ini saya masih boleh bekerja sikit tetapi morning sickness itu masih ada lagi nak masuk lima bulan,” katanya.

Sementara itu, Yana turut bersyukur diberikan rezeki zuriat keempat kerana dia sememangnya mahukan cahaya mata yang ramai tambahan pula usianya semakin meningkat.

“Saya kan PCOS, semua orang pun tahu saya ada PCOS. Saya nak dapat nombor satu ke nombor dua ke nombor tiga, semua selang empat tahun.

 “Maksudnya saya menunggu empat tahu untuk dapatkan seterusnya. Tapi kali ini bila anak ketiga saya baru setahun setengah, saya dikurniakan anak lagi.

“Memang impian saya dan doa saya untuk anak ramai. Lebih daripada dua, tiga. Allah makbulkan. Usia saya pun dah semakin meningkat,” katanya.

SUMBER: Nona

×