Pengarah dan penerbit Jinggo menegur kenyataan pelakon Kilafairy berkenaan isu anjing Rocky yang menjadi bualan di media sosial.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Jinggo berkata bersimpati pada haiwan adalah tindakan yang baik namu mendoakan perkara tidak baik terhadap individu lain adalah tidak baik.
BACA: “Doakan Saya Terus Kuat” – Kilafairy Masih Bertudung

“Bersimpati pada binatang itu baik, tapi doa awak dengan kata-kata awak sangat tidak baik, Kilafairy,” tulisnya.
Sementara itu, Jinggo berkata kata-katanya itu sekadar peringatan serta nasihat daripada orang yang lebih berusia.
Terdahulu, Kilafairy meluahkan rasa kesal terhadap nasib Rocky yang didakwa dibunuh serta mendoakan individu yang didakwa itu ditimpa musibah.
“Hati saya hancur untuk Rocky dan tuannya. Semoga awak masuk neraka. Awak bunuh haiwan peliharaan seseorang. Semoga satu keluarga kau ditimpa bala,” tulisnya.