fbpx

DJ Mat Saleh Mengaku Bercinta Dengan Fazura

Nampaknya kini Fazura kembali mencuri perhatian apabila pelakon dan penyanyi berkenaan muncul dalam sebuah video di Youtube. Di dalam video itu, Fazura berada di New York, Amerika Syarikat (AS) dan deejay Randy Seidman yang pernah dikaitkan dengan Neelofa turut terlibat.

BACA: Fazura Kini Temui Cinta Baru?

Melalui video tersebut, Randy Seidman telah mempertahankan Fazura selepas dua lelaki yang juga penyokong Donald Trump, membuat provokasi melarang kemasukan komuniti Islam ke negara itu.

“Teman wanita saya seorang Muslim dan dia adalah pencinta keamanan dari Malaysia. Kenapa dia harus dilarang masuk kerana dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan keganasan. Anda membuat kenyataan yang tidak masuk akal tentang Muslim dan saya tersinggung,” katanya.

Bagaimanapun Fazura di dalam video tersebut tidak memberikan sebarang reaksi terhadap provokasi tersebut malah turut menghalang Randy daripada terus berbalah dengan dua lelaki tersebut. Randy juga sempat memuji Fazura sebagai seorang yang cantik.

“Teman wanita saya cantik, mempunyai hati baik dan anda cuba katakan dia patut dilarang masuk?” soal Randy. Untuk pengetahuan anda, video tersebut telah dimuatnaik oleh dua orang Youtubers, Izzy dan Haseeb melalui akaun Hizzy.

Hizzy sebelum ini juga telah banyak menghasilkan video eksperimen sosial berkenaan isu semasa dan masyarakat. Sementara itu, di Instagram, rata rata peminat menantikan jawapan sendiri daripada Fazura tentang apa yang diperkatakan oleh Randy. (rtky/s)