fbpx

Diva Fabulosity Kimora Lee Simmons Turun Malaysia 5 November Ini

Sesiapa yang sering mengikuti perkembangan Hollywood mesti selalu menonton E! Channel.

Dan pastinya wajah diva Hollywood dengan trademark FABULOSITY ini bukan asing lagi buat anda.

Khabar terbaru yang kami ketahui mengatakan Kimora Lee Simmons bakal turun ke Malaysia awal bulan hadapan atas urusan kerjaya seni beliau.

Kimora Lee Simmons akan turun bertemu dengan pihak media — dengan harapan kami juga bakal di'jemput pada 5 November 2011 ini dan kami sendiri tidak pasti apakah intipati acara ini nanti.

Wakil bintang realiti TV yang juga usahawan wanita berjaya ini telah mengesahkan perkhabaran ini melalui Twitter & ini sebenarnya menjawab sedikit misteri.

Kimora Lee Simmons sejak beberapa minggu lalu sering mengucapkan selamat pagi dalam Bahasa Melayu di Twitter yang berbunyi — Selamat pagi cantik! Aku cinta kamu!

Mungkin selebriti ini mempunyai rancangan besar buat peminat beliau di Malaysia & nusantara tidak lama lagi. Jadi kita tunggu & lihat sahaja.

zp8497586rq