fbpx

Diva AA Tak Kenal Siapa Chubb-E, Mati-Mati Ingat Tukang Cuci

Dinobat Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, nama Chubb-E menjadi bualan ramai apabila ramai yang mengatakan mereka tidak mengenali penyanyi itu serta ada yang mempertikai kemenangannya.

Meskipun sudah lapan tahun berada dalam industri hiburan tanah air, namun ramai tidak tahu kewujudannya serta tidak pernah melihat wajahnya muncul di kaca televisyen.

BACA: Nabil Ahmad Sindir Azwan Ali Kembali Mengacara?

Perkara itu turut mendapat perhatian pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Diva AA memaklumkan dia juga tidak mengenali siapa Chubb-E. Malah, Diva AA menerusi perkongsian di Twitter itu memberitahu dia menyangkakan penyanyi itu adalah seorang tukang cuci.

Perkongsian Diva AA itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mengatakan perkara sama bahawa mereka tidak mengenali gerangan penyanyi itu serta menyamakan Chubb-E dengan penjual air balang.

Terdahulu, Chubb-E berkata kemenangannya itu adalah rezeki daripada Allah dan tidak wajar dipertikaikan. Katanya lagi, dia mahu semua pihak menghormati format pertandingan itu berdasarkan undian peminat.