fbpx

Diva AA Semak Dengan Kisah Cinta DSV & Iqbal

Sejak bulan lalu hangat diperkatakan mengenai kisah percintaan antara jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadainya, Ahmad Iqbal yang dikhabarkan bakal berkahwin Disember ini, namun telah pun dibatalkan.

Tiada kesudahan mengenai kisah tersebut, pelakon dan pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA meluahkan rasa semak dengan kisah percintaan kedua mereka itu.

BACA: Iqbal Bengang DSV Tak Habis Cakap Pasal Kahwin

Menerusi satu perkongsian di Twitter, Diva AA berkata hanya orang bodoh sahaja yang mempercayai kisah cinta DSV dan Iqbal itu. Bagaimanapun, Diva AA bertindak menutup ruangan komen status tersebut yang dimuat naik semalam.

Terdahulu, Iqbal meluahkan rasa berang apabila Vida didakwa masih lagi memberi harapan palsu kepada dirinya serta mengatakan drama Vida mengatakan mereka akan berkahwin sangat keterlaluan.

Kata Iqbal lagi, sudah dua minggu dia dan Vida tidak berhubung, malah sudah membatalkan dewan hotel untuk majlis mereka.