fbpx

Iqbal Bengang DSV Tak Habis Cakap Pasal Kahwin

Nampaknya masih tiada kesudahan lagi kisah cinta jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan juga bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal.

Terbaru, Iqbal meluahkan rasa berang apabila Vida didakwa masih lagi memberi harapan palsu kepada dirinya serta mengatakan drama Vida mengatakan mereka akan berkahwin sangat keterlaluan.

BACA: “DSV Wanita Pertama & Terakhir Yang Saya Sentuh”

“Keterlaluan! Tidak henti lagi dari mulut Datuk Seri Vida mengatakan kami akan berkahwin. Setiap hari, setiap kali live beliau saya lihat!t” tulisnya.

Malah, Iqbal turut meminta usahawan itu berhenti mempergunakan serta mempermainkan orang ramai mengenai kisah cinta mereka. Kata Iqbal lagi, sudah dua minggu dia dan Vida tidak berhubung, malah sudah membatalkan dewan hotel untuk majlis mereka.

“Cukup-cukuplah pergunakan masyarakat. Saya dengannya sudah dua minggu langsung tidak berhubung. Saya sudah batalkan segala tempahan dewan hotel. Kasihan, tidak hanya saya rasa dipermainkan malahan masyarakat juga jadi keliru,” katanya.

Terdahulu, kenyataan Iqbal menjadi bualan ramai mengatakan Vida merupakan wanita pertama yang disentuh dan wanita terakhir. Ujarnya disebabkan itu juga dia mahu berkahwin dengan Vida, bukan kerana harta seperti yang didakwa netizen.