Diva AA Dikecam Biadap, Persenda Soal Munkar & Nakir
Sebut sahaja nama Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA, pasti ramai tahu pengacara terkenal itu tidak pernah lekang dengan pelbagai kontroversi.
Terbaru, pengacara itu dikecam apabila didakwa biadap dan seolah mempermainkan agama apabila diajukan soalan mengenai Munkar dan Nakir.
BACA: Lantang Kritik Neelofa, Instagram Azwan Ali Digodam
Menerusi video dikongsikan di Twitter, video berkenaan adalah video ‘podcast’ terbitan penyampai radio Singapura, OKLETSGO.
Difahamkan, Azwan ditanyakan soalan yang dihantar oleh pendengar podcast berbunyi, “Apa persiapan Diva AA bila bertemu malaikat Munkar dan Nakir?”
Kalau kita membaca kitab akidah seperti huraian kepada Matan Al-Kharidah Al-Bahiyyah, bila nak huraikan mengenai soal kubur, kesemuanya menjadi sayu & takut untuk berbicara.
Ulama faham maksud sebenar ketakutan dalam kubur. Semoga Azwan Ali bertaubat segera. Agama bukan boleh https://t.co/2flQTAz0VY
— ??????? ?????? . ?|| (@saif_alsiddiqiy) August 14, 2021
Azwan kemudian menjawab soalan tersebut dengan secara bersahaja namun jawapannya sangat keterlaluan kerana seolah mempermainkan agama. Jawapan Azwan itu disambut dengan hilai tawa dua penyampai yang mengendalikan podcast tersebut.
“Aku akan ‘sound’ Munkar dan Nakir, suruh sebat mak bapak kau dulu,” jawabnya.
Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kurang senang dengan jawapan biadap pengacara itu serta berharap Azwan Ali akan segera bertaubat.
Video tersebut turut mendapat perhatian personaliti TV terkenal, Fedtri Yahya yang memuat naik video berkenaan dengan kapsyen kecewa apabila perkara seperti itu dibuat main.
Malah, video tersebut turut mendapat respon daripada pendakwah terkenal, Ustaz Abdullah Khairi yang turut kesal dengan perkara tersebut.
“Kita boleh buat lawak untuk sesuatu keadaan yang menghiburkan tapi jangan buat lawak dalam semua keadaan yang mengaitkan tentang perkara ghaib. Nampak kejahilan dalam agama untuk tontonan umum. Astagfirullah! Gerun mendengarnya.” tulisnya.
Ya allah..ape nk jd ni…blh ke benda ni buat lawak…dj tu pun xde ke soalan lain yg nk ditanya…
AA tu mencarut aje kt twitter.. kt tmpt lain x tau lah.. haih,yg pelik2 aje lah si haji Azwan ni
Sekor lgi manusia dah mereng.
Seriously!!! Apa hal nk tanya soalan mcm ni org mcm dia ni??? Sah2 la dia buat mencarut kan!!!! Lain kali bg la soalan yg sesuai dia bhn utk mencarut yg mmg sesuai dgn personaliti dia
podcast tu pun dah lama… many many months ago…. ada few parts actually, setiap satu tu views more than 50k and why eh sekarang baru nk up pasal ni?.. nampak nau netizen kita ni tak up to date, and sekarang baru menggelupor tetek… yg diorang tau sibuk pasai piu, hajah fashionista, menteri kabinet raja lawak,….
I tak salahkan AA. He answered dgn sinis dekat mangkuk hayun yg tanya soalan merapu2 tu. Patut kita persoalkan penyoal tu. Apa punya BODOH soalan!. Macam tak tau agama! Kan dah mengambik
Apa yg anda harapkan apabila bertanya soalan kepada mulut longkang..
Speechless and geleng kepala. Btw, kita blh bertaubat,selagi sempat. Tp yg tak pasti, sempat ke tak .
OKLETSGO bukan stesen radio nasional Singapura. Stesen radio nasional Singapura berbahasa Melayu ialah RIA 89.7FM dan WARNA 94.2FM
masa mati nanti, sikit punya takut kita nak jawab soalan dgn mungkar nangkir..sekali libas..Allahuakbar..
Apa yang Allah dan nabi sampaikan adalah benar, jgn di buat main, semua syurga neraka adalah benar, pasal agama tolonglah hormat.
Bila perasan dia terpaling hebat
Bila tengok cermin tak rasa diri tu pelik
Bila semua orang sekeliling itu di buat musuh
Bila adik beradik berantakkan
Bila Maki dan Carut menjadi Zikir harian.
Eloklah dapatkan khidmat pakar otak.
Eloklah rapatkan diri dengan ajaran agama
Takut badan dah bau tanah.
Esok lusa siapa nak uruskan jasad ke liang lahad.
Peringatan buat diri sendiri.
Hidup ni pejam pelik, pejam pelik.
JANGAN jadi MAHKLUK PELIK.