fbpx

Diundang Ke Majlis Kahwin, Zizan Razak Doakan Emma Bahagia

Sejak semalam, hangat diperkatakan mengenai Emma Maembong dikhabarkan bakal diijabkabulkan Khamis ini di dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Dalam pada itu, Zizan Razak mengakui bekas kekasihnya itu ada bertanyakan sama ada dia akan hadir ke majlis perkahwinannya jika dijemput kelak. Namun katanya dia tidak mengetahui bilakah Emma akan berkahwin.

BACA: Emma Maembong Nikah Khamis Ini?

“Baru-baru ini Emma ada jemput saya tapi saya cakap tengok pada kelapangan jadual saya. Dia tanya ‘kalau saya kahwin awak datang tak’. Saya pun tidak tahu bila dia akan berkahwin,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Ujarnya lagi, dia tidak mengenali gerangan jejaka yang berjaya menambat hati Emma serta mengucapkan tahniah jika benar aktres itu akan berkahwin dan mendoakan kebahagiaannya.

“Saya ucapkan tahniah pada dia, pastikan pasangan itu yang terbaik buatnya. Saya tidak kenal siapa bakal suami dia namun saya mendoakan kebahagiaan Emma dan pasangannya,” katanya.

Terdahulu, dakwaan mengatakan bakal suami Emma dikalangan kerabat diraja adalah tidak benar. Difahamkan, lelaki yang bertakhta di hati Emma itu bekerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan swasta tempatan dan berusia 32 tahun.

Zizan dan Emma sebelum ini pernah menjalinkan hubungan istimewa pada 2014 namun berpisah setahun kemudian.