Diuji Tuduhan Jenayah Seksual, Da’i Syed Baru Kenal Kawan Sebenar
Selepas dua tahun naik turun mahkamah, Rabu lalu pendakwah selebriti Da’i Syed dilepaskan dan dibebaskan atas dua pertuduhan jenayah seksual.
Akhirnya dapat tidur dengan lena, Da’i Syed berkata dia sudah pun memaafkan semua pihak yang melemparkan tohmahan kepadanya.
BACA: Da’i Syed Gembira Bebas Tuduhan Jenayah Seksual
“Alhamdulillah, yang paling penting saya rasa bersyukur… keluarga pun turut berasa lega. Akhirnya saya dapat tidur dengan lena.
“Sepanjang tempoh perbicaraan, saya tak pernah nak beri komen apa-apa sebab serahkan semuanya kepada mahkamah. Alhamdulillah, mahkamah sudah pun berikan keputusan.
“Bagi saya, Allah dah beri saya ujian dan saya dilepaskan. Saya pun sudah maafkan semua orang yang pernah lemparkan tohmahan dan cacian kepada saya dan keluarga,” katanya.
Dalam pada itu, Da’i Syed berkata banyak dia belajar dan ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dimana barulah dia kenal erti persahabatan serta siapa ada bersamanya ketika berdepan ujian.
“Banyak pengajaran dan hikmah yang saya dapat di sebalik apa yang berlaku. Saya mengenal erti persahabatan. Saya lalui waktu yang sukar dan ketika itu saya dapat lihat siapa kawan sebenar.
“Masa saya tengah down… jatuh, siapa yang sudi sambut tangan saya. Tapi ada juga kawan yang menambah garam dalam luka.
“Selain itu, saya juga belajar erti menghargai masa. Sekarang ini, saya lebih meluangkan masa bersama keluarga dan diri sendiri,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Tapi kau zina kan? Udah le dengan ujian ni
Baru DNAA.
Sape kita utk menilai org…ALLAH tutup aib dia dn bg peluang ke2….utk kita belum tahu lagi…ada baiknya muhasabah diri sndiri…jgn sibuk duk korek buruk org…
Takde citer lain ke asyik hidung penyek kembang bodoh ni mcm alif sattar je huduh siot
Kita sama ustaz…..tapi bezanya yg mengaibkan aku tu ustaz juga…. sehingga saya hampir2 bcerai…
Benci Thought
Hodoh kan?. Tapi lagak muka kacak kacukan internationale
Sehodoh Alif sattar tu pun ada org tergamak nak amik jadik lead hero memang drop lah ratting viewerss.
Alhamdulillah…hidup ini mmg ujian, lepas ni berhati2 bila berkawan…aku dari mula lagi tak percaya dgn tuduhan itu, sehingga Mahkamah benar2 buktikan awak mmg tak bersalah.
@Scx Predator hati2 menuduh orang berzina kalau ko tak ada bukti2 yg kukuh.
Kalau ada bukti yg kukuh sila dakwa dia di Mahkamah Syariah.