fbpx

Da’i Syed Gembira Bebas Tuduhan Jenayah Seksual

Selepas dua tahun naik turun mahkamah, semalam pendakwah selebriti Da’i Syed dilepaskan dan dibebaskan atas dua pertuduhan jenayah seksual.

Memetik Harian Metro, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful ahkhirnya dapat menarik nafas lega apabila keputusan berpihak kepadanya serta meluahkan rasa syukur.

BACA: Da’i Syed Bebas Dua Tuduhan Jenayah Seksual

“Perasaan saya ketika ini bercampur baur. Sebak, gembira dan pada masa yang sama syukur ke hadrat Allah SWT. Alhamdulillah…itu saja yang dapat saya luahkan pada ketika ini”.

“Tiada apa yang ingin saya luahkan pada ketika ini, hanya ucapan bersyukur kerana keputusan berpihak kepada saya.

“Hanya ucapan syukur kepada Allah SWT. Dalam pada itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dari segi mental dan fizikal,” katanya.

Semalam, Da’i Syed dilepaskan dan dibebaskan atas pertubuhan mencabul serta melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta.

Pada 10 Disember tahun lalu, Syed mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun.