fbpx

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular dakwaan seorang pelakon wanita berstatus ibu tunggal menjalin hubungan cinta dengan suami orang.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Timbul spekulasi Shakilla Khoriri adalah pelakon berkenaan. Memetik mStar Online, Shakilla berkata dia tidak terkejut dengan tohmahan berkenaan yang merupakan perkara biasa sejak dia bercerai dua tahun lalu.

BACA: Aktres Ibu Tunggal Anak Seorang Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang?

Shakilla turut menjelaskan sebagai selebriti dia perlu bertemu dengan ramai orang dan mungkin ada yang salah faham mengenai perkara itu.

“Sejak kembali solo dan tidak terikat dengan mana-mana hubungan, saya berjumpa dengan ramai orang… lebih-lebih lagi sekarang saya sudah ada bisnes sendiri. Kelompok kawan saya sekarang sudah berubah dan bukan hanya dalam kalangan selebriti

“Adakalanya saya perlu berjumpa penerbit bagi tujuan kerja tapi orang salah sangka mengatakan saya keluar dengan suami orang,” katanya.

Sebelum ini, tular apabila individu tidak dikenali menghantar emel kepada mStar Online mendakwa Shakilla menjalin hubungan dengan suami orang.

Sumber itu berkata lagi, lelaki berkenaan merupakan ahli perniagaan dan pernah mengikuti Shakilla ke Sabah atas urusan penggambaran.

Dalam pada itu, Shakilla tidak menolak jika ada pihak yang kurang senang ingin menjatuhkan reputasinya serta orang yang turut dikenali.

“Saya rasa ada individu di sebalik perkara ini dan dia mengenali siapa saya. Kalau ada masalah, boleh saja terus hubungi saya tanpa perbesarkan isu tersebut. Jumpa saya terus sebab fitnah yang disebarkan ini sangat melampau,” katanya.