fbpx

Aktres Ibu Tunggal Anak Seorang Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang?

Hangat diperkatakan apabila timbul dakwaan seorang pelakon wanita berstatus ibu tunggal anak seorang didakwa menjalin hubungan cinta dengan lelaki berstatus suami orang.

Memetik Xtra, menurut sumber yang menghantar emel, pelakon terbabit sebelum ini pernah didakwa mengejar lelaki tersebut dek kerana wang.

Sumber turut mendakwa perangai pelakon berkenaan adalah berbeza dengan apa yang dipamerkan di media sosial miliknya.

Difahamkan, lelaki yang masih bergelar suami dan ayah kepada seorang anak lelaki itu memiliki syarikatnya sendiri dan pernah menjalankan pengambaran bersama aktres berkenaan di Sabah bagi sebuah program televisyen.

Apa yang mengejutkan, aktres wanita itu juga dilihat sempat merakamkan foto mesra dengan kekasihnya.

Pelakon wanita itu pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang selebriti bergelar pengacara dan penyampai radio namun perkahwinan mereka berakhir di tengah jalan.

Malah, timbul dakwaan rumah tangga mereka berantakan kerana hubungan terjalin aktres terbabit dengan lelaki tersebut dapat dihidu oleh bekas suami.