Mona Allen Berang Kena Cekik Betul-Betul Dengan Iqram Dinzly
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai perkongsikan pelakon Mona Allen yang meluahkan rasa marah apabila dicekik terlalu kuat oleh rakan gandingannya, Iqram Dinzly ketika melakonkan babak aksi.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Mona berkata Iqram tetap mengulangi perbuatannya itu walaupun sudah beberapa kali ditegur.
BACA: Tiga Tahun Kahwin, Mona Allen & Pekin Jalani Rawatan Kesuburan
“Bila orang suruh berlakon, berlakon je lah. Tak payah buat betul-betul. Method sangat. Lepas ni jangan harap nak ada babak bersama.
“Kau punya meroyan sama macam dalam live. Ingatkan dah tak psiko, rupanya memang sejak azali. Bukan sekali dua babak dia cekik saya. Setiap kali mesti sakit. Dah cakap elok-elok tak mahu dengar,” tulisnya.
Terdahulu, babak Iqram mencekik Mona menerusi drama Hati Yang Dikhianati turut dikongsikan pelakon Mia Nasir di Instagram.
Sementara itu, Iqram yang dihubungi mStar enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu demi menghabiskan penggambaran secepat mungkin.
“Saya tak mahu komen dulu hal ni sebab tinggal beberapa babak sahaja. Risau nanti keruhkan keadaan,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Ohh….nak promote drama… Ok. Bagi lah chance diorang nak naikkan nama. Kena cekik pun kena cekik lahhh. Kekekee
Ala tngk jari kt tengkuk tu pun tau ni propa jek.
Marketing bodo
eleh, elok lah menjiwai watak.. aku tgk korg berlakon menangis tp air mata setitik pon xde.. lepastu bajet sedu sedan.. air mata kering! nan hado
motip?!
Kelakar pun ada cara diaorang buat marketing murahan ni..cara cekik tu alahai kih kih kih..x tahan nk ketawa
paling bangang pelakon kertu backing mona alen ni. nampak sgt kot tangan iqram masih ada space kat leher mona alen ni. nak backing pun nek, tanya puan empunya badan dulu… kan dah kena setepek dgn iqram. aku tak la backing iqram tapi menyampah klw ada org masuk campur tanpa usul periksa…
hanya ikram yg tau jawapan nya..bukan dia cekik sampai lika atau mati pun nama pun berlakon drama ..cut screen take 1 take ??
Kenapa ambik pelakon yg mmg perangai pelik, dlm content nya pun buat prangai x masuk akal….ni pula nak blakon, nilah jadinya