fbpx

Dituduh ‘Lalok’, Sarah Yasmine Sedia Buat Ujian Air Kencing

Umum mengetahui, sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kekasih pelakon Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine yang membuat pendedahan mengejutkan mengenai suami Bella Astillah.

Terbaru, Sarah dituduh lalok serta ada segelintir individu mendakwa dia mengambil dadah ketika membuat pendedahan mengenai Aliff serta beberapa artis lain.

BACA: “Sarah Yasmine Boleh Berambus”

Menerusi perkongsian di Insta Story Sarah berkata dia sedia untuk memberi kerjasama jika diminta untuk melakukan ujian saringan air kencing.

“Saya okey saja kalau nak ambil urine (air kencing), sila (mari) Central Narcotics Bureau Singapore (NBS) dan polis di Malaysia. Saya juga sedia luangkan masa untuk lakukan ujian air kencing itu,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah turut memberi peringatan kemungkinan individu lain pula yang terkait dengan bahan terlarang itu.

“Jangan nanti plot twist dia, orang lain yang terkena (sangkut),” katanya.

SUMBER: Kosmo