Dituduh Kebas RM15,000, PA Kata Duit Masuk Akuan Sendiri Sebab Fify Azmi Tak Pandai Buat Invois
Semalam hangat diperkatakan apabila pelakon Fify Azmi membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya selepas mendakwa pembantu peribadinya, Nora telah mengambil bayaran berjumlah RM15,000 bagi pihaknya secara senyap-senyap.
Tampil memberi menjelaskan, Nora mengakui kesilapan kerana bersikap cuai dan dia tidak menyedari pihak Skop Production sudah lama melunaskan bayaran Fify menerusi akaun bank miliknya.
BACA: Fify Azmi Tak Tolak Jodoh Dengan Sharnaaz Ahmad
Memetik mStar Online, Nora berkata bayaran berkenaan dimasukkan ke dalam akaunnya kerana aktres berkenaan tidak tahu bagaimana untuk mengeluarkan invois.
View this post on Instagram
“Saya tak pernah lari… Saya ada balas mesej dia tapi lambat sebab urusan kerja lain. Berkenaan dengan bayaran itu, sebenarnya ada salah faham dan saya pun sudah jelaskan kepada dia.
“Saya akui memang kecuaian daripada pihak saya. Saya tak perasan pihak produksi sudah memasukkan bayaran Fify ke akaun saya. Ikutkan, semua bayaran job, masuk akaun Fify. Cuma kali ini masuk akaun saya sebab membabitkan invois.
“Fify tak tahu nak buat invois. Jadi saya buatkan untuk dia guna nama syarikat saya sebab itu produksi masukkan bayaran dalam akaun saya. Pihak produksi tak update saya mengenai bayaran yang telah dimasukkan dalam akaun saya. Kesilapan saya pula tak check akaun,” katanya.
Nora juga mengakui mungkin dia sudah menggunakan duit bayaran tersebut kerana tidak menyedari ia adalah bayaran produksi untuk Fify.
Dalam pada itu, Nora turut terkejut apabila Fify memuat naik fotonya serta laporan polis di Instagram kerana mereka sudah berbincang mengenai pembayaran semula wang berkenaan.
“Saya mengakui mungkin sudah terpakai duit bayaran tersebut sebab tak perasan. Tapi saya dah beritahu dan jelaskan kepada Fify yang saya akan bayar secara ansuran duit dia.
“Atas persetujuan, saya hanya kena bayar RM12,000 kepada Fify. Sya ingatkan semuanya sudah dijelaskan sebab kali terakhir kami berhubung adalah pada tiga hari lalu dan masing-masing terus senyap.
“Tak sangka pula tiba-tiba semalam dia tularkan saya di laman sosial. Tidak mungkinlah saya larikan diri. Saya pun cari rezeki dalam industri. Kalau saya selalu buat perangai, artis lain pun tak nak ambil saya bekerja tetapi saya tak pernah buat masalah sepanjang bekerja dengan artis,” katanya
- SUMBER
- mStar Online
Baik hati kamu bg pnjm acc sykt. Nnti lhdn cukai kamu, sdgkan tu income org lain. Pelik2 org zmn skrg.
BANGANG NYER STATEMENT.. DAH PECAH AMANAH CAKAP AJE LAH PECAH AMANAH.. NI TAK TAHU ACCOUNT DAH MASUK.. KAU BELAJAR ILMU DARI JIBBY KE????
NI KASI CONTOH EH..
DUIT DALAM ACCOUNT TINGGAL 50 HINGGIT TERTIBA MASUK 15 RIBU.. KAU INGAT DUIT JATUH DARI LANGIT KEEEE????
DAH SAUK RIBU2 LAGI NAK BAYAR ANSUR2.. TARAK BACA PUNYA WORAAAANGGGG
tak perasan bayaran dah masuk akaun, so dah terpakai duit tu. lagaknya macam banyak sgt duit dlm akaun smpai tak perasan. last2 byr balik secara ansuran jugak. biasa kalau akaun tak byk duit ni jarang la kau tak perasan..
Alahai cik kak. Alasan tu dh nmpk tak sengaja masuk perangkap. Ehehe. Adan uke dh kantoi
eh bodohnyaaa, bayar lah balik gila.. duit FIFY kot.. gila miskin tp nk berlagak mcm dia pulak teraniaya.. LOL,big lol
eh bodohnyaaa, bayar lah balik gila.. duit FIFY kot.. gila miskin tp nk berlagak mcm dia pulak teraniaya.. LOL,big lol
tu duit org,kau pencuri, perompak dan berhutang sis.. xpyh nk spin cerita lah
Kening kok camtu
bayar balik lah gila. bayar ansur2 buat apa. lagak ko terpakai tu macam dalam bank tu ada ratus2 ribu sampai tak perasan perbezaan 15k tu.
Ayat yang cuba putarbelit. Sebab rasa diri sendiri pandai manakala semua orang bodoh. “Tak perasan” duit masuk akaun. Kalau jutawan mungkin boleh percaya.
Lagi pelik, TELAH GUNAKAN duit tu dan kena bayar balik secara ansuran. Bermakna bukan jutawan lah. Dan memang takde duit. Sebab tu cekau duit orang lain.