Pelakon Aniq Suhair bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menuduhnya menghamilkan seorang wanita.
Menerusi perkongsian di Instagram, Aniq berkata tuduhan tersebut satu fitnah yang cuma menjatuhkan reputasinya serta menyerahkan kepada peguam berhubung isu berkenaan.
BACA: Aniq Suhair Mohon Padam Gambarnya Dedah Aurat
View this post on Instagram
“Saya sedia maklum dengan apa yang sedang tular di media sosial dalam beberapa hari ini. Saya juga ingin menyatakan bahawa dakwaan yang dilemparkan adalah satu tindakan yang berniat jahat untuk merosakkan reputasi dan nama baik saya.
“Saya sudah mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi hak dan menjaga nama baik saya dan keluarga, termasuklah memulakan tindakan saman,” katanya.
Dalam pada itu, Aniq berkata dinasihatkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan dan akan membuat laporan polis.
“Atas nasihat peguam, saya tak dapat beri komen lanjut kerana ia akan menjejaskan proses undang-undang. Saya juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat. Terima kasih,” katanya.
Sebelum ini, hangat diperkatakan apabila seorang wanita mendakwa hamil anak kepada seorang pelakon lelaki. Malah, video tular di TikTok itu turut menggunakan nama aktor berkenaan.