fbpx

Aniq Suhair Mohon Padam Gambarnya Dedah Aurat

Menerusi perkongsian di Insta Story, pelakon Aniq Suhair memohon kepada semua pihak memadan gambar atau videonya keadaannya berseluar pendek dan mendedahkan aurat.

Memetik Kosmo, Aniq berkata dia kini dalam fasa memperbaiki diri dan sedar dosanya tetap mengalir setiap kali gambarnya tidak menutup aurat masih menjadi tontonan ramai.

BACA: Aniq Suhair Tak Mahu Lagi Dikaitkan Dengan Cik B

“Sebab memakai seluar pendek (dari pusat ke lutut) itu tidak menutup aurat (lelaki). Saya sedar, selagi orang tengok aurat kita, selagi itu dosa kita akan berjalan terutama ketika zaman media sosial.

“Saya tidak mahu dosa saya berterusan dan memilih untuk beri arahan supaya padam gambar-gambar saya berseluar pendek dalam media sosial. Saya dalam fasa mahu memperbaiki diri. Mana yang dosa-dosa kecil itu, saya mahu elakkan,” katanya.

Dalam pada itu, bekas peserta Hero Remaja itu juga berkata dia sedar bahawa kita hampir di penghujung serta mahu perbaiki diri dan meninggalkan perkara yang dilarang.

“Sedar tak sedar, sebenarnya kita hampir di penghujung (hari kiamat). Mana yang boleh diperbaiki, kita perbaiki. Mana yang teruk kita tinggalkan. Mana yang baik kita teruskan,” katanya.