fbpx

Dituduh Curang Dengan Isteri, Syamsul Yusof Mahu Saman YouTuber

Hangat diperkatakan mengenai rumah tangga, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah, nampaknya ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menggunakan hal rumah tangganya untuk meraih tontonan di YouTube.

Menuduh dirinya curang dengan meletakkan tajuk ‘TAK SANGKA! Rupanya Syamsul Yusof Curang dengan Puteri Sarah’, Syamsul meluahkan rasa berang terhadap pemilik akaun yang menggunakan nama ‘Cabik Geronong’’

BACA: Rumah Tangga Dilanda Badai, Puteri Sarah Akui Memang Banyak Syaitan

https://www.instagram.com/tv/CFsRCmclmC3/?utm_source=ig_embed

“Tak sangka apa yang dia tulis… you guys don’t play with me. Berani tulis title macam ni. Just to get views, I check this channel from Malaysia. Kita akan dapatkan dia punya ID.

“Too much brother. Don’t play around with my name. Sekarang ni dekat channel YouTube I know you guys yang ada YouTube channel nak dapatkan view, I know it’s your job.

“But please man respect people, respect artis jugak. We got family, I got kids man. Because this one channel Cabik Geronong, dia tulis title yang boleh membawa kepada fitnah, boleh membawa kepada kepincangan keluarga saya lagi,” luahnya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Syamsul berkata dia bakal mengambil undang-undang terhadap saluran berkenaan. Tegas Syamsul lagi, tindakan tidak bertanggungjawab pihak saluran itu boleh membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.

“Seperti yang saya cakap, saya tidak akan berdiam diri lagi. Saya akan saman anda, saya jumpa anda di mahkamah. Ini bukan sebab duit, nak kasi ajar sikit. Kalau ada artis-artis lain sebelum ini pernah kena kalau diorang tak berani saman ke ha ni Syamsul saman kau sekarang ni.

“Saya tak main-main dan tolonglah respek orang lain. Orang tengah ada masalah sekarang ni dan korang nak fikir tentang korang punya views, kau tak fikir orang punya perasaan. Kau nak buat macam ni, okay see you in courtlah. Saya akan dapatkan peguam terbaik,” katanya.

Terdahulu hangat diperkatakan apabila isterinya Puteri Sarah didakwa muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

Puteri Sarah dikatakan hadir bersama seorang wanita yang didakwa ibu mentuanya dilihat oleh mereka berada disitu masuk ke bahagian undang-undang keluarga.