Penyanyi rap Caprice meminta kepada mereka yang memfitnahnya supaya menyimpan tuduhan-tuduhan tersebut sehingga kebenaran terbukti.
Menerusi perkongsian di Instagram, susulan pendedahan dibuat oleh TikTokers Indonesia, Mondy Tatto membuat pendedahan menerusi podcast baru-baru ini, ada pihak menuduh Caprice membayar Mondy.
BACA: Polis Panggil Caprice, Mondy Tatto Bantu Siasatan
View this post on Instagram
“Kepada yang caci, maki dan tuduh kita bayar Mondy untuk reka cerita, Cap nak kau orang ‘screenshot’ komen-komen kau orang. Bingkai dan letak tepi ruang solat.
“Insya-Allah satu hari nanti bila mangsa-mangsa dapat keadilan, kau orang boleh baca balik komen masing-masing dan fikir balik nak jawab apa dekat Tuhan,” tulisnya.
Perkongsian Caprice itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang mengecam dan tidak kurang juga ada yang bersetuju dengan tindakan penyanyi itu.
Terdahulu, Mondy mendedahkan dirinya menjadi mangsa gangguan seksual ketika kali pertama tiba di Malaysia.