fbpx

Polis Panggil Caprice, Mondy Tatto Bantu Siasatan

Pihak polis akan memanggil penyanyi rap Caprice dan TikTokers Indonesia, Mondy Tattoo bagi membantu siasatan laporan dibuat pendakwah bebas, Ebit Lew.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Memetik Harian Metro, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi berkata pihaknya sudah menerima arahan lanjut bagi menyiasat kes tersebut hari ini.

BACA: Mondy Dedah Dipegang, Diucap Pipi & Cuba Dicium Ustaz

Menurutnya lagi, setakat ini polis hanya menerima satu laporan yang dibuat oleh Ebit Lew di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, semalam.

“Kita sudah merakam keterangan Ebit Lew dan turut akan merekodkan keterangan daripada Caprice dan wanita Indonesia itu dalam tempoh terdekat.

“Proses itu adalah prosedur bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Semalam, menerusi perkongsian di Instagram Ebit Lew mamklumkan dia sudah pun membuat laporan polis susulan fitnah melampau terhadap dirinya.

Laporan polis itu dipercayai dibuat selepas temu bual pempengaruh Indonesia itu yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah.