Pelakon Yusuf Bahrin menjadi perhatian ramai apabila tular video memaparkan suami kepada Zizi Kirana itu ditemu bual oleh seorang wanita luar negara.
Menerusi video tersebut, Yusuf ditanya mengenai kelab bola sepak dan pemain bola kegemarannya dalam satu acara perlawanan bola sepak yang berlangsung di Johor.
BACA: Alya Iman Berang Dituduh Perosak Rumah Tangga Zizi Kirana & Yusuf Bahrin
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji Yusuf yang dilihat menjaga pandangan ketika temu bual berkenaan.
Bagaimanapun, ada yang mempersoalkan tindakan Yusuf meskipun menjaga pandangan namun di akhir video tersebut pelakon itu dilihat bersalaman dengan wanita berkenaan.
