Bakal melangsungkan pernikahan tidak lama lagi, pasti ramai menantikan majlis perkahwinan pasangan selebriti Intan Ladyana dan pelakon muda, Harris Alif yang akan diadakan pada 6 Februari depan.
Menerima tajaan sebanyak RM13.5 juta daripada Ceres Jewel, bagaimanapun Intan berkata dia tidak meletakkan harapan sehingga majlis mereka digelar ‘Wedding Of The Year’.
BACA: “Dah Jodoh Bakal Suami Muda 17 Tahun, Janji Tak Ambil Laki Orang”
“Saya tak berani nak cakap ‘Wedding Of The Year’ sebab tak meletakkan harapan yang tinggi. Sebenarnya saya bersyukur dan amat menghargai dengan semua pihak yang ingin menaja. Paling penting, kami tak nak bertanding dengan sesiapa pun,” katanya.
Dalam pada itu, Harris berkata dia dan Intan merancang untuk menjadikan perkahwinan mereka ‘Wedding Of The Year’ namun menganggap segala tajaan yang diterima sebagai rezeki kahwin.
“Bagi saya ini semua rezeki nak kahwin. Saya dan Intan tak ada rancangan untuk jadikan majlis perkahwinan kami sebagai ‘Wedding of The Year.
“Majlis perkahwinan itu untuk meraikan dan menjemput orang datang makan. Biar sederhana tapi semua orang gembira,” katanya.