fbpx

Peminat Star Wars, bawa bertenang. Ini perkembangan yang sangat menarik untuk siri filem epik ini — Disney hari ini telah bersetuju untuk membeli Lucasfilm Ltd.

Disney mengambilalih Lucasfilm Ltd daripada George Lucas yang menerima hampir separuh daripada nilai sebenar syarikat beliau itu, lebih kurang US$4.05 billion.

Dengan pengambilalihan ini, Disney telah pun merancang untuk menerbitkan sekuel terbaru Star Wars: Episode 7 sekitar tahun 2015 & ya, Episode 8 dan 9 juga dalam rancangan.

Laporan turut menyebut yang Disney juga membeli studio bunyi & kesan khas milik George Lucas, Industrial Light & Magic dan Skywalker Sound. Memang pakej yang lengkap.

“Kini tiba masanya untuk menurunkan Star Wars pada generasi pembikin filem masa kini,” ulas George Lucas akan pembelian Lucasfilm Ltd oleh pihak Disney hari ini. – The Verge