fbpx

Disindir Di Twitter, Caprice Nak Saman Mydin RM30 Juta 

Sebut saja nama Caprice, pasti ramai tahu penyanyi rap itu tidak pernah ketinggalan dan sering mengulas pelbagai isu panas yang menjadi bualan ramai di media sosial.

Terbaru, hangat diperkatakan apabilapasaraya tersohor, Mydin memuat naik perkongsian dikatakan berbaur sindiran terhadap nama penyanyi dengan mempromosikan barangan.

BACA: Tiba-Tiba Banyak Kes Masuk, Caprice Minta Beri Masa Untuk ‘Review’

Menerusi laman Twitter, Mydin memaklumkan kisah pelanggan terbeli ‘cap’ dan ‘rice’ namun sempat memulangkan semula selepas mendapati tidak memerlukannya. 

Kemudian, pelanggan tersebut meluahkan rasa lega kerana pihak Mydin sedia menerima semula barangan tersebut iaitu ‘cap’ dan ‘rice’ yang dibeli pelanggan dalam tempoh 24 jam.

Merasakan namanya dijadikan bahan jenaka, Caprice meminta pihak Mydin membuat permohonan maaf  dalam tempoh 24 jam serta memadam ciapan tersebut dan bersedia memfailkan saman sebanyak RM30 juta.

Sementara itu, dalam satu perkongsian di Instagram, Caprice berasa malu dan tidak lagi berasa selamat untuk membeli belah di Mydin. 

“Disebabkan hantaran Mydin pada 19 Oktober, klien kami rasa dihina oleh jenama dan pasaraya mereka kerap beli-belah.

“Penghinaan awam menyebabkan klien kami rasa tidak selamat dan trauma terhadap pembeli, pekerja dan pelanggan dari Mydin. Kami akan mengenakan tindakan undang-undang,”tulisnya