fbpx

Tiba-Tiba Banyak Kes Masuk, Caprice Minta Beri Masa Untuk ‘Review’

Sebut saja nama Caprice, pasti ramai tahu penyanyi rap itu tidak pernah ketinggalan dan sering mengulas pelbagai isu panas yang menjadi bualan ramai.

Termasuklah baru-baru ini, Caprice sibuk menguruskan mengenai isu seorang pendakwah yang terlibat kes amang seksual dan isu pendidikan.

BACA: Nak Dedah Sisi Gelap ‘Cikgu’, Netizen Muak Dengan Caprice

Bagaimanapun, menerusi satu perkongsian terbaru Caprice memaklumkan dia tidak cukup tangan apabila dia menerima banyak mesej meminta bantuan dalam beberapa kes.

 

Menerusi entri itu, Caprice turut bertanyakan kepada pengikutinya mungkin ada yang berminat untuk menyertai pasukannya.

Semalam, Caprice memberitahu dia akan berjumpa dengan wakil Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) bagi berbincang mengenai isu individu mengaku cicit Nabi Muhammad SAW.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Caprice mengatakan pertemuan dengan pihak JAKIM dibuat selepas menerima banyak permintaan daripada netizen mengenai perkara itu.

Sementara itu, dalam satu perkongsian lain, ada netizen meminta Caprice untuk menyiasat kes mengenai ejen Mossad serta menyelidik tentang individu tersebut.

Sebelum ini, Caprice mendedahkan perbualan remaja lelaki dengan seorang individu didakwa seorang pendakwah terkenal. Caprice juga turut memohon maaf kerana jika dia tidak berbuat demikian dengan mendedahkan mesej diterima daripada mangsa, tiada siapa akan lakukan.