fbpx

Disenarai Hitam, Fathia Latiff Mengamuk Tuntut Bayaran

Sejak pelbagai kontroversi menghimpit Fathia Latiff, memang tidak nampak bayangnya membintangi mana-mana projek. Terbaru Fathia mengamuk di Instagram, menuntut bayaran beberapa projek dari sebuah stesen TV terkenal.

BACA: Fathia Latiff Akui Sedang Usaha Berhenti Merokok

Dalam Instastory, Fathia menyuarakan amarahnya terhadap stesen TV itu yang tidak membayar beberapa projek yang melibatkannya serta menegaskan mempunyai kontrak yang telah dipersetujui sebagai bukti.

Dalam masa yang sama, Fathia sempat membidas stesen TV berkenaan supaya tidak menyenarai hitam nama beliau untuk membintangi projek terbitan stesen berkenaan. Khabarnya posting Fathia menyelar stesen TV berkenaan juga turut dilapor dan dipadam oleh Instagram.

Bagaimanapun buat masa ini, tiada sebarang komen dari pihak stesen TV berkenaan mengenai isu ini. Kesian juga Fathia kalau benar tidak mendapat bayaran. Harap mereka dapat menyelesaikan hal ini dengan baik. (rtky/w)