fbpx

Ini ironi terbaik. Lelaki ini mampu untuk melepaskan diri dari mana mana situasi yang paling ekstrim di’muka bumi ini tetapi tidak masalah kontrak.

Bear Grylls yang mula mencipta nama dengan rancangan realiti Man vs. Wild yang cukup popular di’laporkan hari ini telah di’pecat dari meneruskan kerjaya beliau di Discovery Channel.

Semua ini terjadi gara gara Bear Grylls tidak mahu bekerjasama di dalam dua program Discovery Channel yang telah pun tertera dalam kontrak beliau sebelum ini.

The Hollywood Reporter menulis yang sumber mereka berkata dek kerana keengganan Bear Grylls itu juga masalah kontrak yang tidak kunjung tiba jalan penyelesaian, Discovery Channel mengambil keputusan untuk terus menamatkan penglibatan selebriti serta merta.

Sehingga artikel ini di’tulis, masih tiada sebarang kenyataan rasmi dari pihak Bear Grylls tentang isu ini atau pelan selanjutnya buat beliau. Man vs. Wild secara purata menerima lebih 1.1 juta penonton untuk musim terdahulu.