fbpx

Penangan drama Melur Untuk Firdaus bukan saja hangat diperkatakan di Malaysia, malah di negara seberang, Indonesia apabila ramai yang suka melihat gandingan pelakon Meerqeen dan Anna Jobling.

Malah, kehadiran kedua pelakon itu mencetuskan kekecohan dan kesesakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta baru-baru ini.

BACA: Anna Jobling Antara 100 Wajah Tercantik Di Dunia

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ANNA JOBLING (@annajobling)

Malah, ada peminat fanatik sudah mula berkumpul di lapangan terbang awal pagi lagi menantikan kedua bintang itu untuk bertemu dengan mereka. 

Difahamkan, peminat fanatik kedua pelakon itu berkampung di lapangan terbang di awal pagi lagi kerana tidak mengetahui waktu ketibaan pasangan berkenaan.

Menerusi satu kenyataan, Anna berkata dia tidak menyangka kehadirannya di negara tersebut disambut meriah serta menerima banyak hadiah hari jadi.

“Memang saya terima banyak mesej di Instagram mahu bertemu di lapangan terbang, namun tidak menyangka mereka hadir dengan sepanduk dan banyak beri hadiah hari jadi. Saya terharu dengan sambutan yang diberikan mereka. Terima kasih untuk semua kasih sayang ini,” katanya.

Difahamkan, kehadiran mereka  ke sana bagi memenuhi undangan temu bual bersama media, stesen televisyen Trans TV dan sesi bertemu peminat.

Dalam pada itu, Meerqeen mengakui mengalami sedikit keresahan apabila secara tiba-tiba dikerumun oleh ramai peminat.

“Drama Melur Untuk Firdaus memang berjaya menaikkan nama dan memberi impak besar dama karier lakonan kami. Terima kasih buat semua peminat yang tidak pernah berhenti menyokong dan menunggu kehadiran kami di sini,” katanya.