fbpx

Anna Jobling Antara 100 Wajah Tercantik Di Dunia

Pelakon Anna Jobling terkejut apabila tercalon dalam senarai 100 Wajah Tercantik 2022 (100 Most Beautiful Faces of 2022) oleh TC Candler.

Memetik Harian Metro, Anna berkata dia tidak menyangka dengan pencalonan tersebut serta menyifatkan pengiktirafan peringkat dunia itu cukup besar.

BACA: Haneesya Hanee Tak Cemburu Dengan Anna Jobling

“Saya sangat bersyukur dicalonkan dalam kategori ini. Memang terkejut dan tak sangka diiktiraf 100 yang memiliki wajah jelita bukan di Malaysia saja, tapi dunia. Terima kasih sangat-sangat,” katanya.

Dalam pada itu, Anna berkata dia mempunyai pengertian tersendiri mengenai kecantikan. Baginya, kecantikan dari dalaman iaitu peribadi seseorang itu adalah lebih penting.

“Mungkin orang akan cakap cantik itu dari luaran tapi ia sangat subjektif. Walaupun klise tapi bagi saya kecantikan itu datang dari dalaman seseorang.

“Kalau ada sikap terpuji, karakter baik, secara automatik akan menjadikan seseorang cantik di luaran serta dalaman. Tak kisah paras rupa macamana, tapi kalau sayang diri, yakin, secara langsung akan cantik dari segala segi,” katanya.

Turut tersenarai dalah anggota BLACKPINK, Jisoo dari Korea Selatan, Ylona Garcia (Filipina), Camilla Belle (Amerika Syarikat), Kiko Chan (Vietnam), Momona Ramada (Jepun) dan ramai lagi.

Tahun lalu, Tabby daripada kumpulan Dolla menjadi satu-satunya artis wanita tersenarai dalam kategori itu.