Baru-baru ini, usahawan kosmetik Sajat dilapor dikejarkan ke hospital. Menurut pembantu peribadinya, Sajat dikatakan terkena penyakit misteri, meskipun sudah menggunakan pelbagai kaedah perubatan namun tidak berhasil.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Semalam, Sajat sudah dibenarkan pulang dan keadaan kesihatannya bertambah baik. Menerusi Instagram, ibu Sajat memberitahu anaknya itu memerlukan rehat yang cukup. Ditanya mengenai keadaan anaknya itu, ibu Sajat tidak memberikan banyak komen.
BACA: Sajat Masuk Hospital Terkena Penyakit Misteri?
Jelas ibu Sajat lagi, mungkin ada pihak atau invidivu tidak berpuas hati dengan anaknya itu, namun dia tidak mahu menuduh sesiapa.
https://www.instagram.com/p/BvX-YP3AOrr/?utm_source=ig_embed
Diruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Sajat diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan. Tidak kurang juga ada yang memberikan cadangan kepada Sajat untuk mencuba rawatan cara Islam.
Namun, ada segelintir netizen mengatakan usahawan itu mungkin berlakon sakit hanya untuk gimik semata-mata atau meraih perhatian ramai. Betul apa yang dikatakan netizen, sakit itu penghapus dosa. Apa pun diharap Sajat tabah menghadapi ujian dan semoga cepat sembuh.