fbpx

Disamakan Dengan Tukang Cuci, Chubb-E Tak Ambil Hati Makian Diva AA

Menerima kritikan pedas apabila disamankan dengan tukang cuci oleh pengacara sensasi Azwan Ali atau Diva AA, pemenang Artis Baharu Lelaki Popular ABPBH33, Chubb-E tidak terasa hati dengan kata-kata hinaan itu.

Menyedari dirinya masih baru lagi dalam industri seni, Chubb-E berkata tidak hairan jika dia tidak dikenali oleh pengacara itu. Malah, dia menghormati Azwan yang merupakan orang lama dalam industri.

BACA: Diva AA Tak Kenal Siapa Chubb-E, Mati-Mati Ingat Tukang Cuci

“Jujur memang saya tak terasa hati langsung dan tak ambil hati serius walaupun ramai yang kata dia tidak sepatutnya kata macam tu pada saya. Saya dan keluarga hormat beliau kerana dia orang lama dalam industri dan jauh berpengalaman serta hebat.

“Jadi logik kalau dia tak kenal saya. Mungkin bila timbul isu macam ni, akan jadi salah satu jalan untuk saya kenal dia dengan lebih rapat lagi,” katanya.

Enggan peduli dengan kecaman dan kritikan dilemparkan kepadanya, Chubb-E berkata ianya lumrah sebagai anak seni dan tidak langsung menjejaskan rezekinya.

“Dari dulu saya tak kisah dan tak ambil peduli sekiranya kena kecam atau sebaliknya. Bukan sombong tapi bagi saya jika itu tidak menjejaskan rezeki dan tidak membuatkan peminat berpaling. Saya ok saja,” katanya.