fbpx

Dira Abu Zahar Terima Gelaran Datuk

Bergiat aktif dalam dunia politik, pelakon Dira Abu Zahar dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Dira merupakan antara 298 individu yang menerima darjah bintang dan pingat kebesaran pada sesi akhir Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka.

BACA: Dira Abu Zahar Selepas Bergelar Isteri Ahli Perniagaan

Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh abang kepada Dira menerusi Insta Story miliknya berserta ucapan tahniah kerana menjadi yang pertama dalam adik-beradik mereka dikurnia gelaran Datuk.

Menerusi Insa Story, Dira turut memuat naik perkongsian mengenakan persalinan warna biru muda hasil sentuhan pereka terkenal, Hatta Dolmat.

Rata-rata sahabat dan peminat tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah di atas penganugerah yang diterima dan mengatakan Dira sememangnya layak menerima gelaran berkenaan.

Dira yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO mula aktif dalam politik selepas memperlahankan aktivitinya dalam bidang seni sekitar 2015.

Berhasrat menyambung legasi yang ditinggalkan Allahyarham bapanya yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka Kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Haji Ithnin, Dira tekad untuk menabur bakti pada masyarakat dan berbakti pada negara.