fbpx

Dira Abu Zahar Sindir Syed Saddiq Di Twitter?

Perlawanan akhir di antara Liverpool dan juga Real Madrid bagi merebut piala Liga Juara-Juara Eropah sememangnya menjadi perhatian warga penyokong tanah air dan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut memuatnaik status berkenaan perlawanan tersebut.

BACA: Dira Abu Zahar Ada Hak Nak Cakap Apa Saja

Melalui laman sosial Twitter, Syed Saddiq (dengan nada bergurau pastinya), meminta penjaga gol Liverpool disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dilihat terlalu mudah melepaskan gol hingga menyebabkan pasukan itu tewas.

Namun ketika penyokong dan pengguna lain faham dengan gurauan tersebut, muncul Dira Abu Zahar dengan tweet yang jelas menyifatkan bahawa Syed Saddiq ‘budak-budak’. Apa lagi, memang terus bertindak pantas mempertahankan Syed Saddiq.

Kenyatan Dira itu turut membuatkan ramai lagi warga laman sosial menyatakan siapakah sebenarnya Syed Saddiq dan pelakon exco Puteri UMNO ini kemudiannya membalas dengan – Haa oklah, tak cakap buruk pun pasal dia. Yang budak-budak comellah kan?,” tulisnya.

Tidak dapat dinafikan bahawa persona Syed Saddiq ditambah pula dengan kekuatan sosial media menyebakan dirinya menjadi perhatian, namun tidak semestinya individu yang dilabel ‘budak’ ini tidak mempunyai kekuatan tersendiri sehingga membuatkan rakyat memilih dirinya. Apa pun, janganlah bergaduh, orang bergurau saja pun. (rtky/s)