fbpx

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) November lalu, pelakon Datuk Dira Abu Zahar mencipta rekod sebagai selebriti pertama di Malaysia yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Nampaknya, Dira sekali lagi mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Timbalan Speaker bagi DUN Melaka sekaligus menjadikan beliau sebagai wanita pertama dilantik memegang jawatan tersebut.

BACA: Dira Abu Zahar Bertanding PRN Melaka, Mohon Diberi Peluang Jadi Wakil Rakyat

Dira berkata perlantikan tersebut adalah sebagai penghormatan kepada wanita terutama golongan muda. Katanya lagi, dia akan memanfaatkan peluang yang diberikan serta berjanji akan menjalankan tugas dengan penuh amanah.

“Saya menganggap ini satu penghormatan untuk mengangkat pemimpin-pemimpin wanita muda di Melaka ini dan ini adalah peluang diberikan untuk saya jalankan tanggungjawab sebaiknya,

“Saya juga akan menggalas tanggungjawab ini dengan baik, saya mahu memberi satu aspirasi pemimpin wanita muda di luar sana bahawa apa juga kemungkinan boleh berlaku,” katanya.

Untuk rekod, Dira mula bergiat aktif dalam dunia politik sejak 2015, beliau juga merupakan pemegang Sarjana Dasar Awam Universiti Malaya.