Dira Abu Zahar Bertanding PRN Melaka, Mohon Diberi Peluang Jadi Wakil Rakyat
Pelakon Datuk Dira Abu Zahar menyahut cabaran bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal berlangsung pada 20 November depan.
Mahu kembali berbakti kepada masyarakat, Dira berkata dia mahu mengikut jejak langkah bapanya yang merupakan bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithni.
BACA: Dira Abu Zahar Akui Takut Dikecam Selepas Dapat Gelaran Datuk
“Saya gagahkan diri mengambil tanggungjawab ini demi mengikut jejak langkah arwah ayahanda saya untuk menabur bakti dan menyumbang khidmat kepada rakyat.
“Banyak yang telah dilakukan oleh pemimpin BN terdahulu dan menjadikan Melaka sebuah negeri yang maju. Saya percaya kecemerlangan pentadbiran ini perlu diteruskan semula,” katanya.
Menerusi perkongsian di Instagram itu juga, Dira turut memohon kepada masyarakat agar memberinya peluang berbakti dan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.
“Sesungguhnya DUN Rim, Jasin ini begitu dekat di hati saya dan kampung saya membesar. Dengan lafaz Bismillah saya memohon agar pengundi memberikan kepercayaan dan mandat kepada saya untuk mewakili anda semua,” katanya.
Difahamkan, Dira akan bertanding di Dewan Undang Negeri (DUN) Rim yang terletak dalam Parlimen Jasin.
- SUMBER
- mStar Online
Pengundi dah semakin bijak, mereka akan tolak pemimpin yang kayakan diri dahulu daripada menjaga kebajikan rakyat. Selama 60 tahun dumbno menjajah, nasib orang melayu tetap sama walaupun kaum kerabat meraka kaya raya
pecahkan undi anda, jangan bagi majoriti pada satu parti. baru ada check and balance. Kalau ada parti dominant maka nasib orang melayu akan parah
Hai pemburu pencen dan wang rakyat!!
bole g mampus la dira ni. sampah masyarakat je. ape dia kisah hal rakyat. makan rasuah makan taik je lebih minah ni. mula2 acah2 la datuk la konon. heeyyyy pppeeeeeggiiiiiii dddaaaahhhh. rakyat melaka sila jadi bijak sebelum minah ni kebas duit korang OK!!!!