Pelakon Abby Abadi menjadi perhatian ramai apabila memuat naik luahan perasaan trauma sebagai wanita dan sudah penat mental kerana luka yang tersimpan.
Menerusi hantaran terbaru di Threads, Abby menafikan dakwaan dia rajin berkongsikan mengenai hal ‘dalam kain’ kepada umum.
BACA: Marissa Nafi Ketepikan Abby Abadi, Tak Lebihkan Norman & Memey

Menurut Abby, jika benar dia berbuat demikian atau berkongsikan perkar tidak sepatutnya sebelum ini tidak mungkin akan berbaik selama bertahun-tahun.
Kata Abby lagi, selama ini dia hanya menelan apa saja yang diperlakukan terhadap dirinya kerana apa yang penting untuk mencari rezeki buat anak-anak yang masih kecil ketika itu.
Tambah Abby lagi, selama ini dia hanya hidup demi anak-anak dan ketiga-tiga anaknya tidak pernah kelaparan selepas dia berpisah dengan Norman Hakim.
Perkongsian Abby itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menitipkan kata-kata semangat buatnya serta meminta pelakon itu tidak melayan kata-kata negatif netizen.